Dasar Mempelbagaikan Ekonomi Dalam Sektor Pembuatan
dan Sumber Utama
-
Dasar terbuka untuk menarik pelaburan langsung luar negeri
(FDI).
-
Dasar memupuk dan meningkatkan kemajuan industri bukan
minyak yang sudah sedia ada.
-
Dasar menggalak industri baru untuk pasaran dalam negeri.
-
Dasar menggalak industri baru untuk pasaran eksport.
-
Dasar menggalak sektor pengeluaran dan pembuatan yang menjurus
kearah mengukuhkan keselamatan permakanan negara.
-
Dasar menggalak industri yang menggunakan sumber-sumber
utama tempatan.
Dasar Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs)
-
Perusahaan Kecil dan Sederhana dikenalpasti sebagai kumpulan utama dalam struktur
industri di Negara Brunei Darussalam, dan mempunyai potensi sumbangan yang besar
kepada pempelbagaian ekonomi.
-
Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana akan dimajukan melalui dokongan kemudahan
kewangan, infrastruktur, latihan keusahawanan, insentif perusahaan, peningkatan teknologi,
dan kemudahan lain yang dapat membina keupayaan pengusaha untuk berkembang dan kompetitif
diperingkat tempatan dan luar negeri dalam bidang - bidang perusahaan yang digalakkan.
Kemajuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs)
Lebih dari 90% perusahaan di Negara Brunei Darussalam adalah perusahaan kecil
dan sederhana yang dikategorikan kepada perusahaan yang mempunyai pekerja kurang
dari 100 orang.
Menghayati peranan yang bermakna yang dimainkan oleh SMEs dalam kemajuan ekonomi,
adalah menjadi peranan utama bagi kerajaan untuk mewujudkan suasana perusahaan dan
pelaburan yang berdayasaing dengan menyediakan:
Perkhidmatan Pentadbiran Dokongan
Agensi Serba Urusan dibawah Badan Kemajuan Industri Brunei memberi khidmat pentadbiran
dokongan dalam memudah dan mempercepatkan sebarang pemerosesan bagi mewujudkan perusahaan
- perusahaan dan keperluan perdagangan melalui penyelarasan dengan agensi - agensi
lain dalam Kerajaan.
Peluang Pelaburan dan Perdagangan
Kerajaan telah menubuhkan Semaun Holdings Sdn. Bhd sebagai sebuah Badan Koporat
dibawah KPSU yang bertindak sebagai agensi pelaburan/ perdagangan Kerajaan untuk
mencepatkan penubuhan kegiatan - kegiatan industri yang strategik yang dapat melibatkan
pelaburan asing, dan menampung keperluan di mana usahawan tempatan belum mampu untuk
menerokai.
Badan ini pada pokoknya berperanan sebagai pemudah melalui pelaburan dan pengurusan,
pendokong kepada pencetusan industri strategik dan pemangkin kemajuan usahawan tempatan.
Bantuan Teknikal
-
Perkhidmatan Latihan
-
Program Inkubator
-
Perkhidmatan Nasihat
-
Bantuan Infrastruktur
Bantuan Kewangan
Maklumat selanjutnya, sila berhubung:
Bahagian Dasar dan Pentadbiran,
Kementerian Perindustrian dan Sumber - Sumber Utama,
Jalan Menteri Besar,
Bandar Seri Begawan BB3910,
Negara Brunei Darussalam.
Tel: (02) 382822
Fax: (02) 382807
E-mail: miprs3@brunet.bn