Bahagian Promosi Perindustrian dan Kemajuan Pelancongan

Bahagian baru di dalam Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama ini mengandungi dua unit iaitu Unit Promosi Perindustrian dan Unit Kemajuan Pelancongan.

Untuk makluman lanjut, sila berhubung seperti di bawah:

Sheikh Jamaluddin Sheikh Mohamed
Pengarah Promosi Perindustrian dan Kemajuan Pelancongan
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
Bandar Seri Begawan BB3910
Negara Brunei Darussalam.

Tel:       (673) 2 382822 / 382600
Fax:      (673) 2 382824


Unit Promosi Perindustrian

      Menyelaras rombongan perdagangan dan pelaburan dari luar negeri.

      Menguruskan dan menyelaraskan lawatan-lawatan, pameran, seminar dan Expo perdagangan / pelaburan ke luar negeri.

      Mempromosikan perkembangan aktibiti-aktibiti industri tempatan.

      Membuat dan memberi maklumat maklumat industri dan perdagangan kepada pengusaha tempatan dan asing.

      Membantu mempromosikan industri tempatan ke perintkat arena perdagangan antarabangsa.

TPOR Unit Promosi Perindustrian


Unit Kemajuan Pelancongan

Penubuhan

Unit ini telah dipindahkan ke Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada 7 Mac 1995.  Sebelum berpindah ke Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Unit ini bernaung di bawah Lembaga Kemajuan Ekonomi (yang mana dikenali sekarang sebagai Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi) Kementerian Kewangan.


Visi

Untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah destinasi pelancongan yang unik dan sebagai laluan ke arah kecemerlangan pelancongan terunggul di Asia Tenggara.


Polisi Pelancongan

Kerajaan Negara Brunei Darussalam adalah komited terhadap perkembangan industri pelancongan dengan mengambil kira nilai-nilai tradisi serta budaya dan juga kepekaan terhadap alam sekitar.


Objektif

       Mempromosikan imej negara yang mengkagumkan dan memberi kesedaran di peringkat antarabangsa terhadap Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi percutian.

       Untuk menambah pendapatan pertukaran matawang asing dan menjadikan pelancongan sebagai salah satu penyumbag utama kepada Keluaran Kasar Dalam Negeri (GDP).

       Untuk membuka peluang-peluang pekerjaan.


Tanggungjawab

       Bertindak sebagai pertubuhan pelancongan kebangsaan bagi Negara Brunei Darussalam.

       Pengeluaran lesen ejen-ejen pelancongan serta pemantauan aktibiti-aktibiti ejen pelancongan.

       Sebagai Penyelaras aktibiti-aktibiti pelancongan di peringkat dalam dan luar negeri.

        Menjalankan polisi-polisi serta aktibiti-aktibiti pelancongan.


Tahun Melawat Brunei 2001

Tujuan Projek ini adalah untuk menampilkan usaha Kerajaan bagi mengukuhkan industri pelancongan.  Tahun Melawat Brunei 2001 menjanjikan keseronokan dan kenangan karnival sepanjang tahun dengan penuh warna-warni.  Setiap pelawat akan menemui layanan yang mesra serta dipenuhi dengan acara-acara istimewa dan menarik.

TPOR Unit Kemajuan Pelancongan

Sila dapatkan makluman lanjut di laman web Tahun Melawat Brunei www.visitbrunei.com  

   
 


||
Sejarah Ringkas | Prinsip-Prinsip | Carta Organisasi | Jabatan-Jabatan | Pelaburan Korporat | Bahagian-Bahagian | Menteri-Menteri | Maklumbalas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||